“Beringatlah, Runtuhkan Rumah Tangga Orang Hingga Cerai Itu Lebih Dahsyat”

“Beringatlah, Runtuhkan Rumah Tangga Orang Hingga Cerai Itu Lebih Dahsyat”


Pelakon terkenal, Nur Fazura tampil mempertahankan seorang individu dipercayai sahabatnya yang mendakwa menjadi mangsa fitnah.

Menerusi hantaran di Threads, Fazura meminta individu itu tidak pedulikan kata-kata fitnah dilemparkan serta tidak terpedaya dengan fitnah yang dikatakan mampu meruntuhkan rumah tangga.

BACA: “Mereka Mengata Arwah Bapa & Fatima” – Fazura Dedah Dua Tahun Jadi Mangsa Buli Netizen

“Biarkan penyondol cap kancil fitnah kita macam-macam. Beringatlah, meruntuhkan rumah tangga orang sehingga bercerai itu lebih dahsyat.

“Bawa bermuhasabah diri dari sentiasa menganiaya dan mencari-cari salah orang lain, pesanan untuk diri kita juga ya sahabat ku,” tulisnya.

Sementara itu, Fazura turut memberikan kata-kata semangat buat individu itu serta menitipkan nasihat untuk reda sekiranya kebaikan yang pernah dilakukan tidak dikenang.

“Kalau dia dan keluarga dia tak nak kenang kebaikan mu, redha kan sahaja.. ramai lagi yang menyayangi mu dan ingat lah, sesungguhnya Allah ada,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top