Pelakon Nora Danish berkata dia berhasrat untuk bersara dari dunia seni untuk memberi tumpuan pada keluarga dan perniagaan.
Memetik BH Online, Nora berkata ianya tidak akan direalisasikan dalam masa terdekat kerana masih ada tanggungjawab terhadap anak-anak namun akan bersara apabila berumah tangga kelak.
BACA: “Nora Tak Kuat Merajuk, Dia Ada Hati Yang Keras”
“Sekarang tidak boleh bersara lagi, saya kena cari duit untuk sara anak-anak. Insya-Allah, kalau saya sudah berkeluarga nanti, barulah saya akan fikirkan mengenai pekara itu.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk berundur, dengan faktor usia lagi. Jadi. saya rasa sudah penat. Tiba masanya untuk saya fokus kepada keluarga dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata dia menjadi selebriti popular Neelofa sebagai inspirari yang tetap aktif di media sosial meskipun sudah bersara
“Saya hendak jadi seperti dia. Mungkin fokus saya pula dari sudut perniagaan. Tetapi, untuk berlakon, saya penatlah,” katanya.
Dalam pada itu, Nora menafikan dakwaan keputusan itu dibuat berkait dengan spekulasi dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Menurut Nora dia baru saja mengenali jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo itu sebaliknya hasratnya untuk bersara kerana sudah lama dalam dalam industri.
“Semua wanita ingin berkahwin dan memiliki rumah tangga lebih baik serta ada suami yang boleh menjaga kita. Memang saya akui, itu impian saya.
“Tetapi, saya tidaklah tergesa-gesa ke arah itu. Saya letak sepenuh kepercayaan kepada Allah dan biar Dia aturkan semuanya. Cepat atau lambat, semua saya serah kepada Allah.
“Bukan sebab perkahwinan yang jadi punca saya hendak bersara. Saya sudah penat sebab sudah lama sangat dalam industri seni,” katanya.
Sumber: BH Online






