Pelakon Hannah Delisha berkata meskipun usia perkahwinannya kini sudah memasuki enam tahun namun tidak terfikir untuk menjalani rawatan kesuburan.
Memetik Oh Bulan, Hannah berkata dia dan suami memilih untuk menjaga kesihatan diri dengan mengambil makanan tambahan.
BACA: Hannah Delisha Dipuji Jaga Aurat, Pakai Stokin
“Setakat ini saya belum sampai ke tahap mendapatkan rawatan. Saya juga tidak menyalahkan sesiapa yang memilih jalan tersebut, cuma bagi saya dan suami, kami belum berusaha secara ‘all out’ ke arah itu.
“Buat masa ini, saya hanya mengambil makanan tambahan dan suplemen untuk menjaga kesihatan dalaman,” katanya.
Mengalami keguguran dua tahun lalu, Hannah berkata ujian tersebut meninggalkan kesan mendalam buat dirinya namun dia percaya akan diberikan rezeki zuriat apabila tiba masanya nanti.
“Setiap orang diuji dengan cara yang berbeza. Ada yang diuji dari segi kesihatan, kewangan dan bagi saya pula, ujiannya adalah zuriat.
“Sehingga hari ini, saya tidak meletakkan tekanan pada diri sendiri dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Saya percaya apabila tiba masanya, semuanya akan berlaku dengan izin-Nya,” katanya.
Sumber: Oh Bulan






