Madonna 'gilakan' bola sepak

Madonna 'gilakan' bola sepak

Madonna 'gilakan' bola sepak


London: Madonna sebelum ini pernah menyifatkan dirinya sebagai seorang ‘soccer mom’ ketika memberi sokongan kepada anak-anak perempuannya ketika di awal usia.

Kini, gelaran itu dibawanya ke tahap lebih tinggi apabila penyanyi legenda itu hadir menyokong kembar berusia 13 tahun, Stella dan Estere, yang beraksi dalam perlawanan akademi Tottenham Bawah 14 Tahun (U14) pada Sabtu lalu.

Berkongsi gambar kedua-dua anaknya bermain bola sepak di bawah cuaca mendung London, Ratu Pop itu menulis di Instagram: “Ayuh Stella dan Estere, Hotspur menang!!! 5-0,” tulis penyanyi berusia 67 tahun itu.

Madonna kemudian menaiki Uber untuk ke Stadium Tottenham Hotspur pada keesokannya bagi menyaksikan aksi Liga Super Wanita (WSL) antara Spurs dan Chelsea.

Beliau dirakam berada di tempat duduk penonton di utara London dengan penampilan ringkas memakai cermin mata hitam.

Dia ditemani kekasihnya yang berusia 29 tahun, Akeem Morris, serta anak-anak perempuannya yang mengenakan pakaian Spurs.

Madonna sebelum ini beberapa kali hadir menyaksikan perlawanan bola sepak di London, termasuk kunjungan ke Stamford Bridge bersama Morris Oktober lalu untuk menyaksikan Chelsea menentang Liverpool.

Morris yang berasal dari Jamaica juga meminati bola sepak, namun tidak pernah beraksi di peringkat profesional. Dia pernah bermain bersama beberapa pasukan di Amerika Syarikat termasuk NY Renegades FC.

Penyanyi berusia 67 tahun itu turut kerap berkongsi gambar di media sosial berada di padang bola sepak di Amerika Syarikat, lokasi di mana anak kembarnya banyak beraksi sebelum ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top