Pelakon Sherry Ibrahim berkata dia tidak menafikan wujud tanggapan dirinya dilabel ‘high maintenance’ sekaligus membuatkan segelintir lelaki takut untuk mendekati.
Memetik HibGlam, Sherry berkata mungkin ada melihat kehidupannya serba serbi sempurna serta dianggap wanita yang memiliki pakej lengkap.
BACA: Sherry Ibrahim Takut Ramai DM Ajak Kahwin
“Apabila bercakap tentang ‘pakej lengkap’, orang mungkin melihat dari segi rupa, cantik, tinggi, kurus dan sebagainya sehingga ada yang takut untuk mendekati.
“Bukan itu sahaja, ada yang beranggapan saya wanita ‘high maintenance’, tetapi sebenarnya tidak pun, semua yang saya miliki adalah hasil sudah bekerja sejak umur 18 tahun.,” katanya.
Menurut Sherry lagi, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri namun mengakui bukan mudah bertemu pasangan yang jujur di zaman sekarang.
“Sejujurnya, saya sudah bersedia untuk berumah tangga. Saya tidak mempunyai banyak masa, apatah lagi apabila bercakap soal zuriat, memandangkan usia saya sekarang.
“Namun, saya yakin aturan Tuhan dan bersabar dan menunggu, kerana perkahwinan bukan satu pertandingan dan trend. Bukan kerana orang lain berkahwin, kita juga perlu tergesa-gesa,” katanya.
Dalam pada itu, Sherry berkata dia mencari lelaki yang baik dan ikhlas. Tambahnya lagi, lelaki itu akan terus berjumpa ibu bapanya jika mahu menyuntingnya sebagai isteri.
“Tiga ciri-ciri ini sangat penting. Saya sudah terlalu biasa mendengar janji-janji yang sama, tetapi di mana tindakannya? Saya mahukan tindakan, bukan sekadar kata-kata.
Jika lelaki itu benar-benar berani, dia akan datang berjumpa ibu bapa saya. Jika sesuai, insya-Allah, perkara itu akan terjadi,” katanya.
Sumber: HibGlam





