Lelaki ceroboh rumah, curi pakaian dalam diberkas polis

Lelaki ceroboh rumah, curi pakaian dalam diberkas polis

Lelaki ceroboh rumah, curi pakaian dalam diberkas polis


am@hmetro.com.my

Tangkak: Seorang lelaki yang menjadi buruan polis kerana disyaki mencuri pakaian dalam sejak bulan lalu akhirnya ditahan, semalam.

Suspek berusia 36 tahun yang turut memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah ditahan pada jam 5 pagi.

Difahamkan perbuatan suspek turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah mangsa sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, penahanan suspek kerana disyaki menceroboh serta mencuri pakaian dalam.

Beliau berkata, penangkapan suspek dilakukan di sebuah kawasan perumahan hasil maklumat awan dan intipan dijalankan.

“Polis sebelum ini menerima makluman berhubung satu video tular memaparkan seorang lelaki didapati memecah rumah dan mencuri.

“Susulan kejadian itu, satu laporan polis juga dibuat oleh seorang individu dan usaha mengesan suspek giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Roslan berkata, semakan mendapati suspek turut memiliki empat rekod termasuk dua daripadanya berkaitan dadah.

Katanya, suspek turut direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top