Yumiko rampas semula kedudukan teratas kelas ILCA 6

Yumiko rampas semula kedudukan teratas kelas ILCA 6


sukan@hmetro.com.my

Langkawi: Pelayar Jepun, Yumiko Tombe kembali merampas kedudukan teratas kelas ILCA 6 pada Regata Perdana Antarabangsa Langkawi (LIRP) 2026 selepas tamat perlumbaan hari ketiga, hari ini.

Persaingan sengit menyaksikan kedudukan teratas silih berganti sejak dua hari lalu, dengan Yumiko bangkit hari ini untuk memintas pencabar utamanya untuk kembali menguasai carta keseluruhan.

LIRP 2026 berlangsung lima hari di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Kelibang, berakhir esok.

Kedudukan semasa menunjukkan Yumiko, 35, dan pencabarnya, pelayar Korea Selatan, Jung Hyewon, 21, hanya dibezakan dengan satu mata selepas sembilan perlumbaan.

Yumiko mengumpul 11 mata diikuti Hyewon dengan 12 mata, sekali gus menjanjikan pertarungan sengit pada perlumbaan terakhir esok bagi menentukan juara kelas ILCA 6.

Tempat ketiga kekal milik atlet Wilayah Persekutuan, Nur Ku Zarith binti Jaa’far yang mengumpul 26 mata.

Sementara itu atlet pelayaran Selangor, Muhammad Faizal Asri, 22, semakin hampir mengesahkan kejuaraan kelas ILCA 7 apabila mengumpul 10 mata selepas sembilan perlumbaan.

Pesaing utamanya, Muhammad Asnawi Iqbal Adam, 20, dari Sabah berada di tempat kedua dengan 17 mata, diikuti Brandan Richard Peter Wright dari Kedah di tangga ketiga dengan 21 mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top