Nama pelakon Que Haidar sering dikaitkan dengan aktres dan usahawan, Nur Fazura semenjak mereka berkolaborasi bersama sebuah jenama pakaian.
Menerusi platform Threads, ada individu mendedahkan Que atau nama lengkapnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, menjadi penonton paling tinggi sesi siaran langsung Fazura di TikTok.
Malah, individu tersebut turut berkata aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini terus menjaga tingkah lakunya ketika bersiaran.
“Que Haidar buat apa tu? Tak pernah tengok Fazura behave macam ni dalam siaran live,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik Que dan Fazura seolah pasangan serasi.

Artikel Berkaitan: Fazura & Que Haidar Buat ‘Momen’ Manis, Tapi Mimik Elly Mazlein Cuit Hati Ramai – “Baru Nak Salam Perkenalan, Tiba-Tiba Dia Menyelit…”
Artikel Berkaitan: Lan Pet Pet Akhirnya Bersemuka & Mohon Maaf Sampai Hujung Kaki, Fazura Tenang Memaafkan – “Kosong-Kosong, Janji Ikhlas”






