Rooney bengang ‘drama’ rambut Frank Illet

Rooney bengang ‘drama’ rambut Frank Illet


LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney meluahkan rasa berang terhadap seorang peminat tegar kelab itu, Frank Illet yang meneruskan cabaran peliknya untuk tidak memotong rambut.

Illet sebelum ini menjadi tumpuan media antarabangsa selepas berikrar untuk membiarkan rambutnya terus panjang dan tidak akan memotongnya sehinggalah The Red Devils berjaya mencatatkan lima kemenangan berturut-turut.

Harapan untuk melihat Illet memotong rambut hampir menjadi kenyataan selepas United melakar kemenangan selesa 2-0 ke atas Tottenham Hotspur baru-baru ini menjadikan mereka hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk melengkapkan kuota lima perlawanan.

Bagaimanapun, keputusan seri menentang West Ham United pada Selasa menyebabkan rekod kemenangan itu terhenti dan cabaran tersebut kembali ke titik permulaan.

Situasi ini nampaknya tidak disenangi oleh Rooney yang menyifatkan tindakan Illet sebagai cubaan mencari perhatian semata-mata.

Bercakap dalam podcast No Tippy Tappy Football, Rooney secara terbuka mengkritik sikap peminat tersebut yang dianggapnya tidak mempedulikan prestasi kelab sebaliknya hanya mahukan populariti.

“Dia benar-benar buat saya pening. Kita sedang bercakap tentang Michael Carrick dan usaha Man United untuk memenangi perlawanan kelima berturut-turut, tetapi tumpuan semua orang beralih kepada lelaki ini dan rambutnya.

“Saya berani bertaruh dia pasti kecewa jika Man United menang, kerana selepas itu dia tidak lagi relevan,” kata Rooney dengan nada sinis.

Kali terakhir Illet memotong rambutnya adalah pada 5 Oktober 2024, iaitu dua hari selepas United seri 3-3 menentang Porto dalam aksi Liga Europa dan sehari sebelum keputusan seri 0-0 menentang Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Tindakan Illet turut memecah-belahkan pendapat penyokong United dengan ramai yang bersetuju dengan Rooney bahawa lelaki itu lebih mementingkan diri sendiri berbanding kejayaan pasukan.

Ringkasan AI

  • Wayne Rooney berang dengan peminat Frank Illet yang berjanji tidak akan memotong rambut sehingga Manchester United menang lima kali berturut-turut
  • Illet menjadi tumpuan media selepas berikrar tidak potong rambut untuk melihat United mencatat lima kemenangan berturut-turut
  • United hampir mencapai lima kemenangan berturut-turut sebelum seri dengan West Ham menghentikan rekod kemenangan
  • Rooney mengkritik Illet di podcast No Tippy Tappy Football, menyatakan tindakan Illet hanya untuk mencari perhatian
  • Tindakan Illet memecah-belahkan pendapat pendukung United, ramai bersetuju dengan Rooney bahawa Illet mementingkan diri sendiri berbanding kejayaan pasukan



Source link

OR

Scroll to Top