Jahitan Czer Terbuka & Bernanah, Mohon Doa Buat Ayda Jebat

Jahitan Czer Terbuka & Bernanah, Mohon Doa Buat Ayda Jebat


Pelakon Nabil Ahmad memaklumkan isterinya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengalami komplikasi pada jahitan bahagian perutnya selepas melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 29 Januari lalu.

Memetik Media Hiburan, Nabil berkata buat masa ini mereka perlu berulang alik ke hospital untuk membersihkan luka kerana jahitan terbuka dan bernanah serta meminta mendoakan buat Ayda.

BACA: “Kalau Suami Urut Takut Jadi Lain Pula” – Ayda Jebat Kongsi Alami Bengkak Susu

“Ayda sedang berpantang. Untuk anak ketiga ini, ini proses yang Ayda rasa paling sakit untuk melahirkan. Masa anak pertama dan kedua dulu, dia tak rasa apa sangat.

“Dalam bilik bedah pun, mata dia berair tanpa henti. Ketika ni, perutnya ‘berlubang’ kerana jahitan terbuka. Jadi setiap hari perlu pantau keadaan kesihatannya.

“Bahagian jahitan itu agak bernanah. Selang sehar kita akan pergi ke hospital untuk bersihkan luka. Saya mohon titipkan doa yang baik buat Ayda,” katanya.

Sementara itu, Nabil berkata pada awalnya isterinya hanya alami sakit biasa selepas bersalin namun keadaan tersebut bertambah serius selepas seminggu.

“Kami perasan perkara itu selepas seminggu Ayda bersalin. Dia hanya berehat di atas katil. Masa nak alihkan kaki, tiba-tiba dengar bunyi putus.

“Mulanya ingat sakit biasa saja. Esoknya nampak ada ‘leaking’. Ayda memang tak berhenti menangis,” katanya.

Sumber: Media Hiburan






Source link

OR

Scroll to Top