MPB terima kunjungan korporat TNB

MPB terima kunjungan korporat TNB


hafizithnin@mediaprima.com.my

Foto oleh Nabila

Kuala Lumpur: Media Prima Bhd (MPB) menerima kunjungan korporat daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak.

Kunjungan TNB terdiri daripada pihak pengurusan kanannya yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Kehadiran pihak TNB disambut dan diiringi oleh pengurusan kanan MPB yang diketuai oleh Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Rafiq Razali dan pengurusan kanan tertinggi syarikat itu.

Dalam lawatan berkenaan, delegasi TNB dibawa ke MPB Audio, studio berita, KLIK dan unit editorial The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP).

Menerusi lawatan selama dua jam itu, kedua-dua delegasi turut meluang masa berbincang secara santai bagi memperkukuhkan hubungan korporat.

Turut hadir daripada Media Prima ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Rosli Sabarudin; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi Rev Media Group, Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Fariz Mustafa, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) Rangkaian Televisyen, Azhari Muhidin serta beberapa lagi pengurusan kanan kumpulan.

Delegasi TNB pula termasuk Ketua Rumusan Perniagaan Global, Datuk Ir Azmi Md Yusof, Ketua Pegawai Risiko, Mohamed Azrin Mohamed Ali dan Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat, Samsul Ariffin Zainudin.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top