Nama pelakon Que Haidar sering dikaitkan dengan aktres dan usahawan, Nur Fazura semenjak kedua-dua selebriti ini menjalin kolaborasi bersama sebuah jenama pakaian terkenal.
Menerusi perkongsian di Threads, Que kelihatan mengucapkan syukur di atas kolaborasi yang diberikan bagaimanapun, respons yang ditinggalkan oleh pengawal peribadi selebriti popular, Nur Fazura itu menyorot perhatian ramai.
Mana tidaknya, Shahaszrin atau lebih dikenali sebagai @hantugym menitipkan pesanan agar Que tidak sesekali menyakitkan Fazura.
“Jangan sesekali sakitkan dia. Jangan sesekali nayakan dia,” katanya.

Sekadar info, Shahaszrin adalah pengawal peribadi Fazura dan telah berkhidmat selama hampir 10 tahun bersama selebriti itu.
Dia juga dikenali kerana menjaga keselamatan Fazura dengan dedikasi tinggi, amanah dan menjaga batas profesional antra majikan dan pekerja.






