Selangor, Kuching FC tempah tiket ke separuh akhir Piala Malaysia

Selangor, Kuching FC tempah tiket ke separuh akhir Piala Malaysia


Pemain Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim (kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukannya pada perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia di Stadium Petaling Jaya malam ini. Foto Bernama

SELANGOR FC mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia selepas membelasah Negeri Sembilan FC (NSE) 5-1 pada suku akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Berbekalkan kelebihan 1-0 daripada aksi pertama, skuad Gergasi Merah tampil garang untuk mendominasi perlawanan sebelum membolosi gawang pasukan pelawat seawal minit pertama melalui rembatan kencang Faisal Halim.

Selangor menggandakan kedudukan dengan jaringan kedua hasil penyudah Alvin Fortes yang menerima hantaran Charigor Moraes pada minit ke-24.

Tidak sampai enam minit kemudian, rembatan deras Nooa Laine yang dibantu Faisal menambah derita Negeri Sembilan.

Kedudukan 4-0 disempurnakan dengan tandukan padu Quentin Cheng pada masa kecederaan babak pertama, sekali gus menutup separuh masa pertama dengan Selangor selesa di hadapan.

Bersambung babak kedua, Selangor tidak menunggu lama untuk menambah derita skuad kendalian Nizam Jamil apabila sekali lagi memperoleh jaringan menerusi sepakan percuma yang disudah Moraes pada minit ke-66.

Negeri Sembilan akhirnya memecah kebuntuan apabila menerima sepakan penalti yang disudah Jovan Motika tujuh minit kemudian, dan keputusan kekal 5-1 hingga wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan Selangor menyingkirkan NSE dengan agregat 6-1 untuk bertemu Kuching City FC di separuh akhir.

No Image Caption

Dalam pada itu, aksi di Stadium Negeri Sarawak menyaksikan Kuching City turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Brunei DPMM FC 3-1 dan layak dengan agregat 6-2.

Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak berhasil meledak tiga jaringan menerusi Ngah Wanja, Ramadhan Saifullah Usman dan Jordan Mintah, manakala DPMM memecah kebuntuan melalui Hakeme Yazid Said pada minit ke-52. – Bernama

Ringkasan AI

  • Selangor FC menang besar 5-1 terhadap Negeri Sembilan FC dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia
  • Selangor membuka skor seawal minit pertama melalui Faisal Halim
  • Jaringan kedua Selangor datang dari Alvin Fortes pada minit ke-24
  • Quentin Cheng menambah gol keempat untuk Selangor pada masa kecederaan babak pertama
  • Selangor akan bertemu Kuching City FC di separuh akhir setelah menyingkirkan NSE dengan agregat 6-1



Source link

OR

Scroll to Top