Faiz-Dania kini di ranking ketiga dunia

Faiz-Dania kini di ranking ketiga dunia

Faiz-Dania kini di ranking ketiga dunia


saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain muda pingpong negara, Muhammad Faiz Danial dan Dania Elisha Mohd Airul, 14, mencuri tumpuan apabila berjaya melonjak ke ranking ketiga dunia beregu campuran Bawah 15 tahun, sekali gus membanggakan negara.

Lonjakan ranking itu hadir hasil kejayaan cemerlang pasangan Faiz-Dania yang muncul juara di WTT Youth Star Contender Tunis 2026 pada 9 Februari lalu, selepas menewaskan gandingan dari Sepanyol dan Perancis di pentas final.

Sebelum itu, pasangan muda berkenaan turut mara ke perlawanan akhir WTT Youth Contender Tunis 2026, namun terpaksa akur dengan kekalahan di pentas final.

Kejayaan terbaharu itu nyata membanggakan Mohammad Hizir Ilias, bapa kepada Faiz, yang mengakui pencapaian anaknya bersama Dania adalah hasil kerja keras dan komitmen berterusan.

Hizir mempunyai tujuh anak termasuk Faiz dan kesemua mereka sememangnya terdedah dengan sukan pingpong sejak kecil.

“Anak-anak saya semuanya memang terbabit dalam sukan pingpong dan setakat ini, saya nampak Faiz paling menyerlah. Dia mula minat bermain pingpong selepas melihat abang dan kakaknya aktif bermain,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Hizir, kejayaan meraih ranking ketiga dunia itu diharap mampu menjadi pemangkin kepada Faiz-Dania untuk terus menyerlah pada kejohanan akan datang.

“Prestasi semasanya nampak meyakinkan dan tidak mustahil untuk mereka menjadi pemain pertama negara layak beraksi di Olimpik. Harap impian itu boleh tercapai,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top