Usahawan sensasi, Liana Rosli, atau lebih mesra disapa Kak KM, tampil memperjelaskan kontroversi yang timbul selepas foto percutiannya bersama keluarga di Pulau Langkawi menjadi tular.
Foto itu menarik perhatian netizen kerana keadaan ketiaknya yang kelihatan kemerahan, sehingga menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin masalah kulit seperti kurap.
Ketiak kemerahan angkara cuba produk tiruan
Memetik portal mStar, Kak KM menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan kemerahan itu berpunca daripada penggunaan produk tiruan yang dijual menggunakan namanya sendiri.
“Itu bukan kurap. Kulit saya memang elok sebelum ini, cuma hari itu saya cuba pakai produk saya yang dijual secara tiruan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya beli dan guna sendiri untuk pastikan ia selamat atau tidak sebab pernah viral sebelum ini,” jelas Kak KM.

Menurut Kak KM, selepas mencuba produk berkenaan, dia mengalami keradangan yang agak serius sehingga menimbulkan kemerahan ketara di kulitnya. Keadaan itu bertambah teruk apabila dia mandi laut semasa bercuti.
“Memang teruk kesannya pada kulit. Keadaan kulit itu jadi lebih teruk bila saya mandi laut semasa bercuti. Sebab itu saya selalu ingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan beli produk tiruan kerana ia boleh merosakkan kulit,” ujarnya lagi.
Maklum Kak KM, masalah kulit yang dialaminya itu sudah berlarutan selama beberapa bulan, namun kini semakin beransur pulih walaupun belum sembuh sepenuhnya.
“Sudah beberapa bulan, tapi masih belum pulih sepenuhnya,” tambahnya.

Artikel lain: Kak KM nafi buka pekung Kak Nona, akui tidak berhubung sejak Raya Haji tahun lalu
Sebelum ini, foto percutiannya bersama keluarga mencuri perhatian kerana pakaian yang dikenakan mencolok mata, sekali gus memaparkan bahagian ketiaknya yang kemerahan.

Foto itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang prihatin dan ada yang membuat spekulasi negatif mengenai keadaan kulitnya.
Sumber: mStar Online (Maszuhaira Sarimin)





