Ibu tunggal mengaku terbabit aktiviti persundalan di hotel

Ibu tunggal mengaku terbabit aktiviti persundalan di hotel


am@hmetro.com.my

Melaka: Wanita berstatus ibu tunggal didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terbabit aktiviti persudalan di sebuah hotel di bandar ini.

Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Azwana Sulaiman, 46, dari Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, Selangor, mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan (KK).

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika ingkar membayar denda itu. Tertuduh melalui saudaranya membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Azwana didapati mencari langganan bagi tujuan persundalan di sebuah bilik dekat The Shore Hotel & Residences, Jalan Persisiran Bunga Raya, di sini, 8.05 malam, 12 Februari lalu.

Seksyen 372B KK memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sepasukan polis Cawangan D7 (Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menjalankan risikan di hotel terbabit berhubung infor penawaran khidmat seks di aplikasi WeChat.

Sebaik tiba, pegawai tangkapan (pengadu) mengarahkan seorang anggota menyamar pelanggan dan memasuki bilik terbabit untuk menyiasat berhubung penawaran perkhidmatan pelacuran di bilik itu.

Pasukan polis kemudian menyerbu bilik itu sebaik anggota penyamaran mengesahkan kewujudan aktiviti persundalan dan hasil pemeriksaan menemui satu tiub pelincir, tiga keping kondom, tisu, telefon bimbit, tisu basah, alat perangsang seks dan wang tunai RM350.

Hasil soal tanya tertuduh mengaku bersalah menjalankan kegiatan pelacuran selama dua tahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top