Pelakon, Diana Danielle mendedahkan anak sulungnya, Muhammad, 13, sudah mula menunjukkan minat dalam bidang lakonan.
Menerusi ciapan di platform Threads miliknya, Diana atau nama lengkapnya, Diana Danielle Danny Beeson, 35, memaklumkan kali terakhir anak lelakinya itu terlibat dalam lakonan pada usia enam tahun dalam filem REMP-IT 2.
“Anak lelaki saya banyak kali minta berlakon lagi. Kali terakhir umur 6 tahun,” katanya.
Aktres filem popular Imaginur ini bagaimanapun mengakui dia enggan melepaskan anak kesayangannya itu terbabit dalam industri hiburan.
“Dia dah mula tunjuk minat nak berlakon. Tapi saya tak mahu bagi. Saya mahu simpan dia selamanya tapi takut dia rasa terkekang.
“Remaja 13 tahun yang sudah mula memikirkan dan membina masa depannya sendiri,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Muhammad untuk memberi tumpuan kepada pendidikannya sebelum bergelar pelakon.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil, Diana Danielle Setahun Tak Ada Komunikasi – “Masa Bergerak Pantas… Tiada Berpatah Balik”






