Pelakon Aprena Manrose berkata dia menyasarkan tempoh tiga tahun untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Memetik mStar Online, Aprena berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah dan jika bertemu dengan lelaki dengan kewangan stabil, dia berharap akan dapat memberi perhatian sepenuhnya pada keluarga.
BACA: Aprena Manrose Dah Tak Bertudung?
“Saya letakkan tempoh tiga tahun untuk mencari pengganti baharu kerana jodoh itu di tangan Allah.
“Jika dipertemukan dengan seseorang yang sudah stabil dan benar-benar mampu menjadi penyedia nafkah, saya berharap dapat memberi sepenuh perhatian kepada keluarga dan tidak lagi perlu bekerja.
“Saya sedar tanggungjawab seorang isteri dan mahu menjalankan peranan itu sebaik mungkin. Insya-Allah, semoga dipertemukan dengan jodoh yang tepat,” katanya.
Sementara itu, Aprena berkongsi mengenai ciri lelaki idamannya dimana soal agama menjadi keutamaan serta bukan seorang yang kedekut.
“Selain provider, nombor satu saya mencari orang yang beriman dan jaga solat. Kedua, bukan lelaki yang kaya sebab aya bukan materialistik, tapi cukup sekadar kalau nak pergi berjalan kami boleh bercuti bersama.
“Saya tak mahu cari lelaki yang kedekut sebab tak bagus untuk diri sendiri. Nanti simpan lama-lama akhirnya diri sendiri terseksa,” katanya.
Sumber: mStar Online





