am@hmetro.com.my
Bachok: Anggota bomba yang dikhuatiri lemas selepas cuba menyelamatkan adiknya, masih belum ditemui selepas lebih 18 jam dilaporkan hilang di Pantai Kandis, di sini.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, operasi pencarian kini membabitkan radius pencarian di daratan sejauh 20 kilometer dengan pembahagian dua kawasan kiri dan kanan pesisir pantai.
Katanya, selain itu satu aset bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut digerakkan untuk pencarian di lautan dengan radius 1.4 batu nautika.
“Kami akan buat pencarian ‘all out‘ (sebanyak mungkin) hari ini,” katanya ketika ditemui di Pantai Kandis, hari ini.
Mangsa, Ahmad Badrul Naim Abdul Wahab, 32, yang juga anggota bomba Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Pulau Pinang dikhuatiri lemas bersama adiknya, Ahmad Nurruddin Abdul Wahab, 21 ketika perkelahan bersama 20 ahli keluarga yang lain dari Pasir Puteh.
Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, Ahmad Nurruddin terlebih dahulu lemas bersama anak saudaranya, Mohd Ali Al Imran, 12, selepas mandi manda di pantai berkenaan dengan beberapa ahli keluarga lain.
‘Saya sempat capai anak, tapi bila toleh ke belakang dua adik ipar sudah hilang’
© New Straits Times Press (M) Bhd






