'Assalamualaikum Princess Babah' – Qi Razali

'Assalamualaikum Princess Babah' – Qi Razali


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Qi Razali mengumumkan dirinya bergelar bapa selepas isterinya, Wardah Hayati selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 23 Januari lalu.

Berita gembira itu dikongsi Qi atau nama sebenar, Qushairi Mohammed Razali, 49, di Instagram Story (IGs), hari ini.

“Assalamualaikum Princess (Puteri) babah,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran itu, Qi dilihat memangku bayi perempuannya yang dipercayai dirakam sejurus selepas dilahirkan.

Sementara itu, menerusi perkongsian IG isterinya, Wardah memaklumkan bayi yang diberi nama Anggun Sumayah itu dilahirkan pada 23 Januari lalu.

Qi dan Wardah, 30, dinikahkan dalam majlis tertutup di Gopeng, Perak pada 25 Mei, tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top