Zaki Yamani perjelas video ajuk bapa sekadar gurauan – “Kami hanya lakonkan semula”

Zaki Yamani perjelas video ajuk bapa sekadar gurauan – “Kami hanya lakonkan semula”

Zaki Yamani perjelas video ajuk bapa sekadar gurauan – “Kami hanya lakonkan semula”


Penyanyi, Zaki Yamani kini menjadi perhatian selepas video kontennya bersama anak kepada Datuk Awie, Ahmad Merrah, yang meniru gaya bapa masing-masing tular di media sosial dan hangat diperkatakan warganet.

Video ajuk bapa sekadar gurauan

zaki yamani Video ajuk bapa sekadar gurauan

Zaki yang juga merupakan anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, mengakui tidak menjangka video tersebut akan mendapat sambutan luar biasa.

“Saya tak sangkalah video konten saya bersama Merrah akan naik. Kalau naik pun tak adalah sampai macam ini sekali.
“Sebenarnya saya dan Merrah baru saja buat konten ini penghujung tahun lalu. Dan pada waktu itu pun kami hanya buat untuk tontonan kawan-kawan saja.
“Kami pun baru saja kenal tapi mungkin rezeki tahun 2026 dan konten kami itu mendapat sambutan,” katanya.

Menurut Zaki, populariti mendadak itu turut membuatkannya berasa sedikit gusar sekiranya ada pihak yang salah faham terhadap tujuan sebenar kandungan berkenaan.

“Bila dah jadi sebutan pula, saya terasa macam takut. Takut-takut kalau ada yang kata kami ini macam derhaka mengajuk ayah sendiri.
“Sebenarnya kami lakonkan sahaja gaya dan perwatakan ayah kami dan anggaplah konten kami itu sebagai gurauan,” jelasnya.

Ditanya tentang reaksi bapanya, Jamal Abdillah, Zaki menjelaskan penyanyi legenda itu tidak menunjukkan sebarang respons berlebihan terhadap video berkenaan.

“Ayah saya okay saja sebab dia seorang yang nonchalant, dia diam saja. Tapi kalau ayah Merrah iaitu Datuk Awie ada pesan supaya jangan terlampau berlebihan.
“Jadi apa yang saya boleh katakan ialah saya dan Merrah akan teruskan buat konten macam itu tapi tak akan melampaui batas,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Zaki Yamani enggan dibayangi Jamal Abdillah – “Tak nak jadi seperti dia”

Terdahulu, video Zaki dan Merrah yang meniru gaya bapa masing-masing menjadi tular dan meraih perhatian ramai. Malah, mereka turut dijemput ke stesen radio ERA bagi berkongsi idea di sebalik penghasilan kandungan tersebut.

Sumber: Gempak (Amirul Ilyasha)





Source link

OR

Scroll to Top