Ramadan bulan al-Quran, Opai ajak pekerja khatam -“Dapat pahala…”

Ramadan bulan al-Quran, Opai ajak pekerja khatam -“Dapat pahala…”

Ramadan bulan al-Quran, Opai ajak pekerja khatam -“Dapat pahala…”


Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai, mengambil inisiatif menggalakkan pekerjanya mengimarahkan Ramadan dengan aktiviti tadarus al-Quran sepanjang bulan mulia ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Opai yang juga suami kepada Fatin Afeefa memaklumkan beliau meminta pekerjanya hadir ke pejabat seawal jam 8 pagi bagi membolehkan sesi bacaan al-Quran dilakukan secara berjemaah sebelum memulakan tugasan harian.

“Inisiatif aku adalah, kita semua masuk kerja pukul 8:00 pagi dan kita cuba tadarus. Walaupun mungkin tak berkemampuan nak khatam sendiri, tapi sekurang-kurangnya kita dapat bertadarus dan dapat pahala khatam.
“Kita akan cuba buat sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Opai ajak pekerja khatam al-Quran

Menurutnya, langkah itu bukan sahaja bertujuan meraih ganjaran pahala, malah sebagai usaha membudayakan amalan membaca al-Quran dalam kalangan kakitangan.

Sementara itu, Opai berkata dia turut menyediakan al-Quran baharu sebagai galakan serta untuk memberi semangat kepada pekerjanya.

“Kita khatam 2 kali. Kalau sorang baca 5 muka surat sehari, akan ambil dalam 30 minit.
“Kalau lancar lah. Aku akan beli Quran banyak-banyak. Bagi korang semua semangat,” katanya.

Artikel lain: “Isteri tak perlu kerja..”- Opai seronok Fatin Afeefa duduk rumah, setiap hari dilayan seperti raja

Dalam pada itu, beliau berkata Ramadan merupakan bulan terbaik untuk umat Islam mendekatkan diri dengan al-Quran memandangkan banyak peristiwa penting dalam sejarah Islam berlaku pada bulan tersebut.

“Pukul 8:00 pagi mengaji sampai pukul 9:00 pagi. Kita akan balik 3:30 petang. Sebab Ramadan ini bulan al-Quran. Jadi kalau setahun kita tak baca, ini lah bulannya untuk kita mula membaca Quran,” katanya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen yang memuji pendekatan berkenaan sebagai usaha murni dalam memanfaatkan Ramadan dengan aktiviti berfaedah.

Sumber: TikTok aliff_awang





Source link

OR

Scroll to Top