Pelakon Mia Sara meluahkan rasa dengan sikap sesetengah pihak yang didakwa enggan menerima penjelasannya.
Menerusi satu hantaran di Threads, Mia berkata ada yang tidak mahu menerima fakta serta ada yang menyerang secara peribadi,
BACA: Mia Sara Kagumi Puteri Balqis, Niat Mahu Backup Disalah Tafsir

“Bila dah kalah dengan fakta, mula lah kata tak nak dengar, body shaming dan sebagainya. Macam budak bila kalah perdebatan,” tulisnya.
Sementara itu, dalam satu hantaran lain Mia berkata tindakan terburu-buru ketika marah hanya akan mengundang kata-kata yang tidak baik sebaliknya perlu bertenang dan fikir secara rasional.
“Bila kita terburu-buru untuk berkata dengan perasaan marah, yang keluar nanti caci maki sahaja. Bila kita tenang dan sabar, baru boleh berfikir secara rasional dan boleh jawab berasaskan fakta, bukan emosi,” katanya.






