Johor pertimbang had keuntungan penganjur bazar Ramadan swasta kepada 30 peratus tahun depan

Johor pertimbang had keuntungan penganjur bazar Ramadan swasta kepada 30 peratus tahun depan

Johor pertimbang had keuntungan penganjur bazar Ramadan swasta kepada 30 peratus tahun depan


am@hmetro.com.my

Iskandar Puteri: Kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mengehadkan keuntungan penganjur bazar Ramadan swasta di sini kepada 30 peratus sahaja tahun depan sebagai langkah menyelaraskan kadar sewaan petak yang ketika ini ada mencecah RM5,000.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, penyelarasan itu bertujuan mengelakkan pihak tertentu mengenakan kadar sewaan terlalu tinggi sehingga membebankan peniaga.

Bagaimanapun, katanya, penyelarasan kadar sewa itu bergantung kepada lokasi atau fasiliti disediakan penganjur dan dipersetujui peniaga sendiri.

“Bila kita turun ke bawah dan dapatkan maklumat, sewa tinggi itu mungkin sebab penganjur sediakan khemah, kebersihan pun diuruskan, ada juga yang ambil petugas jaga keselamatan dan fasiliti lain disediakan.

“Ada yang sampai RM5,000 satu petak dan dah bertahun-tahun kadarnya begitu. Ada peniaga dapat pendapatan jauh lebih tinggi daripada sewa petak, sebab itu mereka tidak buat aduan.

“Tahun depan, mungkin kita hadkan keuntungan bersih penganjur swasta ini dalam 30 peratus, saya rasa itu tidak melampau, sebab dalam bidang perniagaan makanan dan minuman, biasanya memang keuntungan antara 30 hingga 50 peratus,” katanya ketika sidang media selepas melawat tapak Bazar Ramadan Nusa Perintis di sini, hari ini.

Mohd Jafni berkata, tahun ini, kerajaan negeri memulakan penyelarasan kadar sewa tapak Bazar Ramadan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu dengan kadar sewa satu petak niaga ditetapkan bawah RM500.

“Untuk fasa pertama, kita selaraskan dulu kadar sewa bagi peniaga Bazar Ramadan yang langsung kepada 16 PBT di Johor iaitu RM500 ke bawah.

“Ia bergantung kepada PBT juga dan lokasi, mungkin kalau majlis-majlis daerah, ada yang RM200 atau RM100,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top