Shuib Serah Kasut Milik Arwah Siti Sarah Pada Thalita – “Cakap Thank You Dekat Ibu”

Shuib Serah Kasut Milik Arwah Siti Sarah Pada Thalita – “Cakap Thank You Dekat Ibu”

Shuib Serah Kasut Milik Arwah Siti Sarah Pada Thalita – “Cakap Thank You Dekat Ibu”


Usawahan dan pelawak, Shuib menyorot perhatian ramai apabila berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra menerima kasut milik Allahyarham ibunya, Siti Sarah Raisuddin.

Menerusi muat naik tersebut, Shuib kelihatan memanggil Thalita sebaik sahaja selesai menunaikan solat sebelum meminta anaknya itu memakai sepasang kasut berjenama mewah milik arwah isterinya.

“I nak you pakai kasut ni, nanti kalau tak pakai ni dia akan kotor, dia akan rosak.

“Cantik tak? It’s yours. Kenapa you tak pernah tanya kasut ni? Itu kasut ibulah,” katanya.

Dalam pada itu, saiz kasut berkenaan juga sepadan dengan kaki Thalita yang kini sudah menginjak dewasa.

Menurut Shuib, kedua-dua pasang kasut dan selipar itu sering digunakan arwah ketika hayatnya.

“Kasut tu (Gucci) masa dekat Singapore beli. Yang ini (sandal hitam) dia beli masa ibu tengah pregnant Ayash. Ibu selesa pakai yang ini.

“Pakai dan jaga kasut tu okay. Ibu dah jalan jauh dengan kasut ni. It’s yours. Cakap thank you dekat Ibu,” jelasnya.

Terdahulu, Thalita pernah mencuri perhatian apabila tampil memakai kasut bertumit tinggi milik arwah Siti Sarah ketika membuat persembahan di pentas besar dalam sebuah pertandingan nyanyian terbitan stesen televisyen popular.



Source link

OR

Scroll to Top