Selepas berdepan pengalaman tidak bangun sahur di Ramadan pertama, pelakon Kamal Adli berusaha mengejut netizen untuk bangun sahur di hari kedua.
Menerusi hantaran itu, Kamal turut menyebut beberapa rakan artis dalam video dikongsikan.
BACA: Kamal Adli Terlepas Sahur Hari Pertama Ramadan
“Bangun sahur, tak kisahlah kepada semua rakyat dekat Threads. Saya kejut ini, semua bangun.
“Mak ayah, keluarga semua bangun. Kawan-kawan saya juga, Syafiq Kyle dan isteri, Remy Ishak, Cik Epal, Que Haidar, Fazura dengan askar-askar dia bangun. Sekarang ini saya kejut tau, dah pukul berapa dah ni. Bangun,” katanya.
Turut menjadi perhatian, Kamal turut menyebut nama bekas isterinya, Uqasha Senrose untuk bangun bersahur bersama anak mereka.
“Oh satu lagi, Uqasha Senrose, bangun kejut Hawra sahur sekali,” katanya.
Perkongsian Kamal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lebih-lebih lagi ada yang sayu apabila aktor itu menyebut nama Uqasha dan anaknya.







