Anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam menitipkan ucapan terima kasih buat pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman atas sokongan serta kebaikan yang diberikan.
Beri sokongan, bantuan

Adrian, 18, yang disahkan menghidap kanser tulang menyifatkan keprihatinan dan sokongan moral daripada pasangan berkenaan bermakna buat dirinya dan keluarga dalam menempuh ujian berat tersebut.

“Kepada abang Fattah dan akak Amira, saya tidak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih atas sokongan dan kebaikan kalian.
“Hanya Allah saja yang tahu banyak mana saya hargai semua itu. Semoga Allah membalas jasa baik kalian di dunia dan di akhirat,” kata Adrian menerusi hantaran di InstaStory.
Dalam masa sama, Adrian turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus menitipkan doa buat dirinya serta keluarga.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan saya, abang dan keluarga. Doa daripada keluarga, kawan-kawan malah individu luar yang kami tidak kenali. Terima kasih.
“Hanya Allah yang tahu betapa mendalamnya rasa syukur ini. Semoga Allah memberi ganjaran pahala buat semua,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Bulan Ramadan, anak kedua saya pula disahkan kanser tulang – Amyza Aznan
Terdahulu pada Khamis, Amyza berkongsi khabar duka apabila memaklumkan Adrian disahkan menghidap kanser tulang.
Lebih menyayat hati, dugaan itu hadir selepas setahun anak sulungnya, Andre Mikhail, berjuang melawan kanser paru-paru.
Sumber: Instagram adrianadam_kaaia






