Penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic meluahkan rasa sebak melihat rakan industri, selebriti jelita Nur Fazura yang dilihat semakin mengecapi kebahagiaan.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Sonic atau nama lengkapnya, Awang Suffian Awang, 47, teruja apabila melihat Fazura menerima jambangan bunga besar daripada pelakon, Que Haidar pada Jumaat.
“Ya Allah. Selepas beberapa tahun akhirnya Fazura dapat bunga. Bunga besar dan banyak. Wow! Eh, kenapa sebak,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan akaun peminat Fazura @Fazbulouswarrior di Threads turut terharu melihat selebriti kesayangan mereka seakan semakin ceria dan ‘glowing’ setelah melalui segala ujian dan badai sebelum ini.

Nama Fazura hangat dikaitkan dengan aktor, Que Haidar selepas mereka mula bekerjasama bagi sebuah jenama pakaian terkenal.
Malah, hubungan mereka semakin menerima perhatian ramai apabila Que sering muncul dalam sesi siaran langsung Fazura di TikTok.
Terbaharu, Que telah memberi sejambang bunga besar kepada Fazura, selain turut menemaninya ke bazar Ramadan seperti yang telah dijanjikan dalam siaran langsung sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Fazura Sifatkan Que Haidar Lelaki Bijak, Intelektual & Tenang
Artikel Berkaitan: “Wow Jahat!” – Fazura Bengang Individu ‘Petik’ Nama, Tegur Jangan Libatkan Anak Que Haidar
Artikel Berkaitan: Netizen Bongkar Que Haidar Jadi Top Viewer Siaran Langsung TikTok Fazura – “Terus She Behave”






