Nora Danish Kongsi Pesanan Bermakna Neelofa, Jangan Lupa Doa Masuk Syurga Firdausi

Nora Danish Kongsi Pesanan Bermakna Neelofa, Jangan Lupa Doa Masuk Syurga Firdausi

Nora Danish Kongsi Pesanan Bermakna Neelofa, Jangan Lupa Doa Masuk Syurga Firdausi


Pelakon jelita, Nora Danish berkongsi pesanan bermakna daripada rakan industri yang juga selebriti terkenal, Neelofa yang sering mengingatkannya agar tidak lupa berdoa untuk memasuki Syurga Firdausi.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 44, menyifatkan nasihat yang diberikan Neelofa sebagai satu peringatan yang sangat menyentuh hati.

“Hajjah Neelofa selalu pesan, jangan lupa doa nak masuk Syurga Allah. Masya-Allah sangat pesanan tu. Kita doa juga nak masuk ke lapan-lapan pintu Syurga.

“Pintu sedekah, pintu puasa, pintu berbakti pada orang tua, pintu haji, pintu menahan marah, pintu solat, pintu zikir, pintu berjihad ke jalan Allah.

“Jom kita sama-sama doa dengan yakin. Bersangka baik dengan Allah.

“Semoga Allah permudahkan jalan kita untuk terus istiqamah menuju ke Syurga Firdausi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian Nora itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tersentuh dengan pesanan berkenaan, malah ada juga menyifatkan ciapan itu peringatan baik buat semua.



Source link

OR

Scroll to Top