BERSATU tetap komited! Muhyiddin sahkan hadir mesyuarat putuskan Pengerusi PN esok

BERSATU tetap komited! Muhyiddin sahkan hadir mesyuarat putuskan Pengerusi PN esok


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengesahkan beliau akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang dijadual esok bagi memutuskan pelantikan pengerusi gabungan itu.

Beliau menegaskan BERSATU akan terus komited kepada perjuangan PN.

“Saya akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN esok yang akan memutuskan pelantikan Pengerusi PN serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengukuhan dan pemerkasaan PN,” kata Muhyiddin dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin sahkan hadir mesyuarat

Dalam kenyataan sama, beliau memaklumkan bahawa BERSATU telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk menyusun semula bahagian-bahagian dan sayap parti yang terbabit dengan peletakan jawatan ketua dan ahli jawatankuasa.

Pasukan itu dipengerusikan bersama oleh dua Naib Presiden, Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, manakala Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bertindak sebagai sekretariat.

Artikel lain: Tuan Ibrahim tegaskan PAS tak campur konflik BERSATU, nafi cuba ‘kenakan’ Muhyiddin

Ketua-ketua Badan Pimpinan Negeri turut diarahkan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang terbabit.

“Penyusunan semula bahagian-bahagian ini akan membabitkan pemangkuan jawatan Ketua Bahagian atau pembentukan jawatankuasa bahagian yang baharu mengikut perlembagaan parti.
“Sayap-sayap parti yang terbabit dengan peletakan jawatan juga akan disusun semula melalui pemangkuan atau pembentukan jawatankuasa yang baharu,” jelasnya.

Muhyiddin turut menegaskan keyakinannya terhadap barisan pelapis dan ahli aktif BERSATU di setiap bahagian yang sedia memikul tanggungjawab besar untuk memperkukuhkan parti.

Sumber: FB Muhyiddin Yassin





Source link

OR

Scroll to Top