Netizen Kecewa, Boss James Seloroh Isu ‘Tangkap Basah’ Bersama Hawa Rizwana – “Ingat Saya Tak Berani Ke?”

Netizen Kecewa, Boss James Seloroh Isu ‘Tangkap Basah’ Bersama Hawa Rizwana – “Ingat Saya Tak Berani Ke?”

Netizen Kecewa, Boss James Seloroh Isu ‘Tangkap Basah’ Bersama Hawa Rizwana – “Ingat Saya Tak Berani Ke?”


Tindakan pengacara popular, Hawa Rizwana yang bersiaran langsung di TikTok bersama usahawan dikenali sebagai Boss James baru-baru ini mengundang perhatian ramai.

Menerusi klip video tular di media sosial, Hawa meluahkan keadaan dirinya yang kurang sihat ketika berbual santai bersama Boss James.

Namun, perbualan tersebut bertukar menjadi bualan hangat apabila Boss James atau nama sebenarnya James Ng, 34, mengeluarkan kenyataan yang telah mencetuskan pelbagai reaksi.

“Setiap kali awak sakit, datang rumah saya. Saya jaga awak.

“Kalau siapa-siapa datang tangkap, terus kahwin saja lah. Ingat saya tak berani ke?” katanya.

Hawa bagaimanapun menegur kenyataan tersebut secara bersahaja.

“Hish, mulut tu. Haih, ya dia memang mulut lepas macam tu. Tolong ajar dia,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat interaksi Hawa dan James yang dianggap kurang sesuai untuk tontonan umum.

Malah, ada yang menyifatkan pembawakan Hawa dalam siaran langsung berkenaan tidak mencerminkan imej profesional seorang personaliti televisyen.

Dalam masa sama, segelintir warganet turut menegur tindakan pengacara berusia 31 tahun itu yang dilihat beberapa kali membetulkan tudung ketika bersiaran langsung.



Source link

OR

Scroll to Top