Selepas bertahun-tahun menyambut sendirian, kali ini suasana berbeza buat pelakon dan penyanyi Erra Fazira apabila kembali bergelar isteri.
Memetik Sinar Plus, Erra berkata tahun ini lebih ‘colourful’ kerana menyambut Ramadan bersama suami tercinta, Ezwan Zain.
BACA: Erra Fazira, Suami Rancang Jelajah Masjid Tunai Solat Tarawih
“Sambutan Ramadan tahun ini macam biasa, cuma bertambah dengan kehadiran suami… orang kata lebih colourful,” katanya.
Meskipun sudah mendirikan rumah tangga, Erra mengakui kehidupannya masih sibuk dengan kerja namun bersyukur dikurniakan suami yang memahami.
“Sejak nikah sampai sekarang memang back to back kerja, kerja, kerja. Tapi Alhamdulillah, encik suami memahami. Dia pun sibuk juga,” katanya.
Dalam pada itu, Ezwan teruja menyambut Ramadan dengan isteri selepas lama bersendirian. Tambah Ezwan lagi, Ezwan menikmati apa saja hidangan yang disediakan Erra untuk sahur dan berbuka.
“Erra pun dah lama tak berbuka secara berpasangan kan? Kali ini nak betul-betul raikan Ramadan kita.
“Saya orang yang ringkas. Saya makan apa saja yang isteri sediakan waktu sahur atau berbuka. Lagipun kami berdua saja di rumah,” katanya. Kadang-kadang anak Erra, Aleesya, turut bersama, menjadikan suasana lebih hidup.
“Apa yang ada… sebab hidup berdua. Aleesya pun kadang-kadang ada, jadi sekadar itu sudah cukup,” katanya.
Sumber: Sinar Plus






