Peguam kepada suami Heliza Helmi iaitu Datuk Mahadi Badrul Zaman yang didakwa berniaga dalam sekuriti tanpa lesen, memohon anak guamnya dibebaskan dengan jaminan.
Memetik Harian Metro, peguamnya, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus memohon bagi mengurangkan jumlah jaminan dan jika jaminan tidak dibenarkan dan Mahadi dipenjarakan, janggut panjangnya berkemungkinan dipotong.
BACA: “Saya Juga Mangsa” – Suami Heliza Hilmi Dedah Labur RM20.7 Juta
“Ini akan memberi kesan kepadanya,” katanya.
Menurut peguamya lagi, Mahadi membantu mengendalikan jemaah umrah serta memberikan kerjasama sepanjang siasatan dan bukan individu yang berisiko untuk melarikan diri.
Malah, Mahadi turut menanggung ibunya yang menghidap kanser dan tahap kesihatannya tidak menentu, selain menanggung keluarga mentuanya.
Mahkamah kemudian membenarkan Mahadi diikat jamin masing-masing sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan semua syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.
Terdahulu, Mahadi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di dua mahkamah berasingan.
Sumber: Harian Metro





