Pelakon Nur Fazura berkongsikan mengenai situasi dia dilihat berjalan di hadapan ketika ke bazar Ramadan bersama rakan sekerjanya Que Haidar baru-baru ini.
Menerusi sesi siarang langsung di TikTok, Fazura berkongsikan mengenai lelak yang dianggap gentleman berdasarkan pengalamannya yang sudah merantau di banyak negara.
BACA: “Dari Fasa Penuh Kesedihan” – Peminat Sebak Lihat Fazura Kecapi Rasa Bahagia
Menurut Fazura, lelaki yang gentleman akan membiarkan wanita berjalan di hadapan untuk melindungi mereka.
“Sebenarnya saya nak jalan depan masa di bazar sebab secara umumnya saya dah merantau banyak negara.
“Saya dah jumpa ramai orang. Lelaki yang gentleman, mereka akan biarkan wanita untuk jalan di hadapan sebab mereka nak menjaga.
“Tak kisah lah siapa, kakak, ibu, kawan, kekasih, isteri atau tunang. Itu cara gentleman,” katanya.
Sementara itu, Fazura turut berkongsikan mengenai keperibadian Que yang memintanya untuk berjalan di hadapan kerana kebiasaannya wanita berada di belakang.
“Saya cakap dengan Que Haidar masa itu untuk dia jalan di depan. Tapi terkejutnya saya untuk orang melayu seperti kita, dia suruh saya yang jalan di depan.
“Saya terkejut. Sebab di sini budaya lelaki jalan di depan dan wanita di belakang. Tapi sebenarnya agama kita meratukan wanita. Jadi, kebanyakan lelaki yang faham agama, mereka faham perkara itu,” katanya.
Sumber: Oh Bulan





