Pelakon Fasha Sandha berkata dia reda apabila sekali lagi diuji mengalami keguguran baru-baru ini.
Memetik Astro Gempak, Fasha berkata kehamilan tersebut sebenarnya tidak dirancang kerana dia dan suami, Aidil Aziz sibuk dengan komitmen kerja.
BACA: Fasha Sandha Alami Keguguran, Usia Kandungan Dah 10 Minggu
Malah, sebaik saja mengetahui dirinya hamil dia dan suami turut tertanya-tanya adakah kandungan tersebut dalam keadaan baik berikutan sejarah keguguran.
“Untuk kehamilan kali ini, kami memang tidak merancang kerana saya dan Aidil masing-masing sedang sibuk dengan projek drama. Segalanya berlaku tanpa dirancang.
“Ketika saya dan suami tahu tentang kehamilan ini, kami pun tertanya-tanya sama ada kandungan ini akan okay atau tidak? Kerana sebelum ini, saya sudah beberapa kali mengalami keguguran.
“Saya pun kata dengan suami, kita jangan terlalu meletakkan harapan. Saya juga sedang sibuk dan kita memang tidak bersedia dengan kehamilan ini.
“Kami pun tidak terlalu menunjuk keterujaan itu atau berkongsi di media sosial. Hanya keluarga sahaja yang tahu,” katanya
Sementara itu, Fasha menyedari dirinya berbadan dua ketika usia kandungan sembilan minggu dan ketika itu degupan jantung bayi masih namun pada minggu berikutnya degupan sudah tiada.
“Ketika saya sedar yang diri saya hamil, usia kandungan itu sudah pun sembilan minggu dan ada degupan jantung. Namun, pada minggu berikutnya pula, degupan jantung itu sudah tiada lagi.
“Kata doktor, bayi di dalam kandungan itu tidak sihat. Saya anggap tiada rezeki. Mungkin rezeki saya ada di tempat lain dan pada masa akan datang. Saya terima dengan hati yang terbuka. Saya dan suami reda,” katanya.
Sumber: Astro Gempak






