“Tugas Kita Amar Maaruf Nahi Mungkar, Aku Tak Cari Salah Sesiapa”- Tareq Fit Pertahan Diri, Balas Kata-Kata Kamal Adli & Remy Ishak

Pempengaruh media sosial dan jurulatih kecergasan, Tareq Fit tampil mempertahankan pendiriannya susulan teguran balas daripada pelakon terkenal, Kamal Adli dan Remy Ishak untuk tidak mencari kesalahan orang lain.

Menerusi hantaran di Threads, Tareq berkata, tujuannya menegur kesalahan orang lain adalah atas dasar tanggung jawab sebagai seorang Muslim.

“Kita beragama Islam, tugas kita Ammar maaruf nahi mungkar, aku tak cari salah siapa-siapa, aku tak cakap pasal rumah tangga, harta kau, aku ulas bab agama, sumber duit dari drama-drama kau orang haram,” katanya.

Jelasnya, teguran yang diberikan bukan bersifat peribadi tetapi soal prinsip dan hukum agama yang semakin diremehkan.

“Kepada semua jangan normalisasikan maksiat, jangan normalisasikan budaya songsang, lelaki sotong, ustaz-ustaz pun tak mampu tegur direct, takut dapat kecaman… kita bersaudara tetapi haram tetap haram,” katanya lagi.

Sebelum ini, Kamal menerusi perkongsian di platform sama, menegur tindakan Tareq untuk memberi tumpuan kepada ibdah puasa dan tidak mencari salah orang lain.

Manakala, Remy pula tampil bersuara apabila kerjaya lakonannya dipersoalkan dan didakwa sebagai sumber rezeki tidak halal.

Source link

OR

Scroll to Top