Chegu Bard kemalangan ketika cuba elak binatang

Chegu Bard kemalangan ketika cuba elak binatang


am@hmetro.com.my

Rembau: Ketua BERSATU Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terbabit dalam kemalangan selepas dipercayai cuba mengelak binatang di Kilometer 7.3, Jalan Chengkau–Pilin–Lubuk Cina di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian jam 12.30 tengah malam itu berlaku ketika mangsa berusia 47 tahun memandu pacuan empat roda Toyota Hilux dari arah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau menuju Kampung Lada Chengkau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seekor binatang yang tidak dikenal pasti melintas jalan, mangsa cuba mengelak namun hilang kawalan sebelum kenderaan terbabas serta terlanggar tiang jambatan lebuh raya.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Sementara itu, Chegu Bard dalam perkongsian di media sosialnya meluahkan kesyukuran tidak mengalami sebarang kecederaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top