Acapulco: Pilihan kelima dari Itali, Flavio Cobolli bangkit menewaskan Miomir Kecmanovic 7-6 (7/5), 3-6, 6-4 untuk menempah slot final kejohanan gelanggang permukaan keras di Acapulco.
Cobolli yang ketinggalan 1-3 pada set penentuan memenangi lima daripada enam permainan terakhir bagi meneruskan misi memburu gelaran ATP ketiganya selepas muncul juara di Bucharest dan Hamburg tahun lalu.
Pemain berusia 23 tahun dari Florence itu menyelamatkan dua mata break pada kedudukan 3-3 set ketiga menerusi pukulanforehand kencang sebelum mematahkan servis lawan pada permainan ke-10 untuk memastikan kemenangan ke atas pemain Serbia itu.
“Saya rasa kami berdua beraksi hebat. Saya mungkin sedikit bernasib baik pada saat penting. Saya bangga kerana bukan mudah untuk bangkit,” kata Cobolli.
Di final, dia akan bertemu pilihan kelapan, Frances Tiafoe yang bangkit daripada ketinggalan satu set dan satu break untuk menewaskan rakan senegara, Brandon Nakashima 3-6, 7-6 (8/6), 6-4.
© New Straits Times Press (M) Bhd






