Pelakon Izara Aishah lantang menyuarakan pendapatnya berhubung isu sensitif melibatkan tindakan individu yang sengaja memijak al-Quran baru-baru ini.
Kata Izara, perbuatan yang sengaja dilakukan tidak layak untuk dimaafkan melainkan perlu dibuat secara adil apatah lagi ini menyentuh isu sensitiviti masyarakat.
Meskipun tidak mengulas panjang kenyataannya itu, namun Izara tegas mahu individu tersebut berdepan tindakan tegas.
“Perbuatan yang disengajakan tidak layak dimaafkan. Memaafkan itu kerja Tuhan. Kerja kita untuk hantar di aterus hadap Tuhan.
“Kenapa ‘pengecut’ ini disembunyikan? Mana gambar kena tangkap semua?,” katanya.

Terdahulu, penceramah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annnuar tampil menejlaskan, perbuatan yang memijak al-Quran adalah perbuatan biadab yang tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat bertamadun.
Ini kerana tindakan tersebut dianggap sebagai penghinaan terbuka terhadap umat Islam.






