Pelakon Uqasha Senrose mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya, Kamal Adli kerana meluangkan masa bersama anak mereka, Hawra Uqaira.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Uqasha memuat naik video anaknya teruja melihat beberapa ekor ikan di akuarium.
BACA: Kejut Bangun Sahur, Kamal Adli Selit Nama Uqasha Senrose Undang Sebak

“Thank you ayah (Kamal) bawa Qeya (panggilan Uqaira) jalan-jalan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Uqasha memohon maaf kepada anaknya kerana tidak dapat bersama anaknya kerana ada penggambaran.
“Sorry anak ibu, ibu shooting dari pagi ke pagi. Nanti bubu (Uqasha) bawa Qeya jalan-jalan pula okay,” katanya.
Uqasha dan Kamal sah bercerai talak satu pada 12 Januari 2026 selepas hampir empat tahun berkahwin. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Hawra Uqaira.






