“Jangan Salahkan Nora Danish, Dia Sedang Berubah Jadi Lebih Baik” – Boss Ned

“Jangan Salahkan Nora Danish, Dia Sedang Berubah Jadi Lebih Baik” – Boss Ned


Usahawan, Nedim Nazri tampil mempertahankan bekas isterinya, selebriti terkenal, Nora Danish selepas respons aktres itu meraih pelbagai respons di media sosial.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned ini meminta netizen untuk tidak mencari kesalahan Nora yang dikatakan sedang berusaha ke arah kebaikan.

“Betullah bekas isteri saya balas tu. Jangan nak cari salah dia. Dia sedang berubah menjadi lebih baik.

“Kalau dia mengingati saya, Alhamdulillah. Dan kepada yang lain bagi la jawapan yang anda nak bagi. Jangan persendakan seseorang,” tegasnya.

“Jadi ingatlah dia yang berubah bukan saya, jadi saya tetap akan sebat anda yang mulut macam haram,” katanya.

Sebelum ini, Nora membalas ciapan Boss Ned yang  mempersoalkan mengapa perniagaan sedikit perlahan ketika di bulan Ramadan.

Dengan ringkas, Nora membalas pertanyaan itu dengan mengatakan Allah SWT meminta hambaNya untuk beribadah.

Kenyataan balasnya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggap jawapan tersebut tidak sesuai.

Imbas kembali, Nedim dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2017 namun bercerai talak satu pada 19 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl.

Artikel Berkaitan: Nadia Brian Syukur Mulakan Tahun Baharu Dengan Nedim Nazri

Artikel Berkaitan: Tuju Lagu ‘Dipaksa Berpisah’, Nedim Nazri Doakan Kebahagiaan Nora Danish – “Awak Cinta Dalam Hidup Saya”



Source link

OR

Scroll to Top