Suasana SCORE Marathon pada edisi tahun lalu di Putrajaya.
PENGANJURAN SCORE Marathon 2026 mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menarik penyertaan seramai 50,000 pelari dari 55 negara bagi edisi tahun ini.
Acara yang dijadual berlangsung pada 18 dan 19 Julai di Putrajaya itu buat pertama kali dianjurkan selama dua hari susulan peningkatan mendadak jumlah peserta.
Lebih membanggakan, kejohanan berkenaan bakal direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai antara acara maraton terbesar pernah dianjurkan di negara ini.
Program itu dianjurkan oleh SCORE Sports Management dengan kerjasama penaja utama, AIA Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management, Patricia Tan berkata, pencapaian tersebut menjadi detik penting dalam perjalanan penganjuran acara berkenaan sejak diperkenalkan pada 2014.
“Pada awalnya ia hanya larian komuniti berskala kecil, namun kini penyertaan mencecah 50,000 orang. Ini satu perkembangan yang amat membanggakan,” katanya.
Beliau berkata, edisi kali ini menawarkan empat kategori utama iaitu 42 kilometer (km), 21km, 10km dan 5km bagi memenuhi penyertaan pelbagai peringkat.
Katanya, penganjur turut memperkenalkan Cabaran Berganda menerusi kombinasi 10km bersama 42km atau 5km bersama 21km untuk peserta yang mahu menguji ketahanan diri.
Selain itu, kategori Prestasi Tinggi bagi jarak 42km, 21km dan 10km diwujudkan khusus untuk pelari yang menyasarkan catatan masa terbaik.
“Acara ini juga menjadi platform kelayakan ke kejohanan maraton dunia dan kami berharap lebih ramai pelari tempatan dapat merebut peluang tersebut,” katanya.
Ringkasan AI
- PENGANJURAN SCORE Marathon 2026 mencatat sejarah dengan penyertaan 50,000 pelari dari 55 negara
- Acara dijadualkan selama dua hari di Putrajaya, buat pertama kali disebabkan peningkatan jumlah peserta
- Akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai acara maraton terbesar di Malaysia
- Dianjurkan oleh SCORE Sports Management dengan kerjasama AIA Malaysia
- Menawarkan empat kategori utama dan Cabaran Berganda, serta kategori Prestasi Tinggi sebagai platform kelayakan kejohanan maraton dunia






