Operasi trafik udara Iran dibuka semula

Operasi trafik udara Iran dibuka semula


TEHRAN – Pihak berkuasa Iran membuka semula operasi trafik udara selepas beberapa jam membatalkan penerbangan “kerana sekatan operasi”, lapor media kerajaan,

Pengumuman itu dibuat ketika Israel berikrar untuk membalas serangan peluru berpandu Iran.

Penerbangan telah beroperasi semula sejak 11malam (1930 GMT) Ahad dan sedang “mengikut jadual penerbangan”, kata Jafar Yazarloo, jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, yang memetik laporan agensi berita IRNA.

Badan penerbangan Iran pada Ahad mengumumkan pembatalan penerbangan di beberapa lapangan terbang negara itu dengan alasan ”sekatan operasi”.

Disebabkan sekatan itu, penerbangan di beberapa lapangan terbang di negara ini dibatalkan mulai jam 9 malam tadi. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top