Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil

Gara-gara dahi ofsaid, gol pembukaan Crystal Palace dibatalkan pengadil


VAR mengesahkan Ismaila Sarr berada dalam keadaan ofsaid dan membatalkan gol pembukaan Palace.

SEBAHAGIAN peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) menyifatkan Crystal Palace telah ‘dirompak’ ketika menentang Tottenham Hotspur selepas jaringan Ismaila Sarr dibatalkan berpunca daripada kedudukan ofsaid yang sangat tipis.

Dalam insiden tersebut, penjaga garisan pada mulanya tidak mengangkat bendera sebelum percubaan terbias Sarr melepasi penjaga gol, Guglielmo Vicario dan menerjah gawang.

Namun, selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR), jaringan pembukaan Sarr di Stadium Tottenham Hotspur itu dibatalkan. Ulang tayang memaparkan hanya bahagian dahi pemain itu yang melepasi pertahanan terakhir Spurs, Micky van de Ven.

Premier League Match Centre menerusi platform X menjelaskan VAR telah menyemak keputusan pengadil berhubung gol tersebut dan mendapati Sarr berada dalam kedudukan ofsaid, seterusnya mengesyorkan agar jaringan itu dibatalkan.

Bagaimanapun, bekas penjaga gol Spurs yang bertindak sebagai pengulas bersama di saluran TNT Sports, Joe Hart meluahkan rasa tidak puas hati.

“Semuanya nampak tidak kena. Inikah keputusan yang kita mahu guna pakai? Mukanya yang ofsaid?

Pengulas utama, Sam Matterface pula menambah: “Oliver Glasner berkata hidungnya yang ofsaid. Bercakap tentang perbezaan margin yang sangat kecil. Ofsaid gara-gara hidung,” katanya.

Sarr pada awalnya tidak meraikan jaringan tersebut kerana seakan-akan menyedari betapa tipisnya kedudukan itu. Namun, keputusan ofsaid tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial.

Dalam aksi separuh masa pertama yang penuh dramatik itu, Spurs terlebih dahulu membuka tirai jaringan tidak lama kemudian menerusi Dominic Solanke.

Namun, kesilapan mula memakan diri apabila Van de Ven dilayangkan kad merah kerana menghadiahkan sepakan penalti selepas menarik baju Sarr, lima minit selepas gol Solanke.

Pemain sayap Senegal itu tampil tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan buat Palace.

Derita skuad kendalian Igor Tudor itu semakin bertambah parah apabila Jorgen Strand Larsen meletakkan Palace di hadapan 2-1 ketika menentang 10 pemain Spurs pada minit kedua masa kecederaan separuh masa pertama.

Sebelum rehat, Sarr meledak gol keduanya untuk terus membunuh sisa perjuangan tuan rumah.

Ringkasan AI

  • Sebahagian peminat EPL menyatakan Crystal Palace ‘dirompak’ apabila gol Ismaila Sarr dibatalkan kerana ofsaid yang sangat tipis
  • Kedudukan ofsaid Ismaila Sarr ditentukan oleh VAR kerana bahagian dahi melepasi pertahanan terakhir Spurs
  • Bekas penjaga gol Spurs, Joe Hart, meluahkan ketidakpuasan tentang keputusan VAR
  • Ofsaid yang dipersoalkan berpunca dari kedudukan sangat tipis sehingga disebut sebagai ‘ofsaid gara-gara hidung’
  • Crystal Palace berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti Sarr dan kemudian memimpin 2-1 sebelum rehat



Source link

OR

Scroll to Top