Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil kesempatan menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin di Hospital Pulau Pinang memandangkan mempunyai jadual kerja di utara tanah air.
Jenguk Mursyidul Am PAS di hospital
Menerusi perkongsian di media sosial rasmi beliau, Anwar dilihat memakai pelitup mulut dan bertemu dengan Hashim yang dikhabarkan berada dalam keadaan baik.
“Pagi ini saya ke utara tanah air untuk lawatan kerja di Pulau Pinang dan Kedah.
“Sebelum meneruskan jadual, saya singgah ke Hospital Pulau Pinang untuk menziarahi sahabat lama yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin,” tulisnya.

Doa agar Mursyidul Am PAS diberi kesembuhan
Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan salam daripada isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah yang tidak ikut serta kepada Hashim dan keluarganya.
Anwar juga mendoakan agar sahabat lamanya itu diberi afiyah dan kesembuhan dengan segera.
“Alhamdulillah, beliau dalam keadaan baik dan kami sempat berbicara panjang. Saya turut menyampaikan salam Azizah kepada beliau dan keluarga, serta mendoakan afiyah dan kesembuhan segera buat Ustaz Hashim,” ujarnya.

Beliau turut menziarahi seorang jururawat Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan menzahirkan penghargaan kepada para petugas kesihatan yang banyak mencurah bakti kepada masyarakat.
Di hospital yang sama, saya turut menziarahi seorang jururawat Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Saya hargai pengorbanan petugas kesihatan yang begitu besar jasanya dalam menjaga dan berkhidmat kepada masyarakat,” katanya lagi.

Artikel lain: “Dia nak balik. Berulang kali abah sebut, nak rehat di akhirat..”- Anak Mursyidul Am PAS
Sebelum beredar, beliau turut mendapatkan perkembangan projek naik taraf kemudahan di Hospital Pulau Pinang dan sentiasa memastikan supaya usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar demi manfaat rakyat.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim






