“Orang Label Artis Bercerai Macam Tukar Baju, Mereka Tak Duduk Di Tempat Kami”

“Orang Label Artis Bercerai Macam Tukar Baju, Mereka Tak Duduk Di Tempat Kami”


Pelakon Zulin Aziz memilih untuk mengunci mulut mengenai punca perpisahannya degan bekas suami, Farhan Norzaini pada 18 Disember lalu.

Memetik Utusan Online, Zulin bagaimanapun terkilan dengan segelintir pihak yang melabel golongan artis mudah bercerai.

BACA: Zulin Aziz Sah Bercerai 18 Disember Lalu

“Orang mudah bercakap, kenapa bercerai? Senang sahaja orang melabel artis ini bercerai seperti menukar baju.

“Tetapi mereka (netizen) tidak berada di tempat kami. Kami juga tidak berkongsi punca perceraian kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Zulin berkata dia memilih mengunci mulut selepas mengambil pengajaran daripada pengalaman orang lain yang secara terbuka berkongsikan kisah cerai.

“Saya selesa dengan keputusan untuk mengunci mulut selepas melihat pengalaman orang lain yang berkongsi kisah perceraian di media sosial. Saya ambil itu sebagai iktibar,” katanya.

Dalam pada itu, Zulin berkata perpisahannya dengan bekas suami dibuat secara baik, malah hubungan mereka dengan keluarga masing-masing juga baik.

“Alhamdulillah, saya dan bekas suami berpisah secara baik. Hubungan kami dan keluarga juga masih baik. Kami tidak mahu berkongsi apa-apa mengenai punca perceraian, lebih-lebih lagi sekarang bulan Ramadan. Saya mahu menjaga silaturahim dan tidak mahu membuka aib sesiapa,” katanya.

Sumber: Utusan Online






Source link

OR

Scroll to Top