Polis kenal pasti anggota MPV berhenti di restoran mamak

Polis kenal pasti anggota MPV berhenti di restoran mamak


suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Polis mengesahkan sudah mengenal pasti anggota yang terbabit dalam rakaman video tular memaparkan sebuah kereta peronda polis (MPV) yang berhenti di sebuah restoran mamak, di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan dalaman sedang dijalankan bagi meneliti kejadian itu.

“Anggota tersebut telahpun dikenal pasti dan siasatan dalaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan polis sedang menyiasat rakaman video tular yang memaparkan sebuah kereta peronda polis Mobile Patrol Vehicle (MPV) berhenti di sebuah restoran mamak, di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan rakaman video tular itu menerusi media sosial pada jam 7.50 petang semalam.

Menurutnya, rakaman selama 12 saat itu menunjukkan sebuah kenderaan MPV milik polis yang melalui jalan di tengah deretan kedai sebelum berhenti di sebuah restoran mamak.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top