BCL Ambil Waktu Titip Ucapan Terakhir Buat Vidi Aldiano – “Saya Bersyukur Pernah Punya Kamu Dalam Hidup”

BCL Ambil Waktu Titip Ucapan Terakhir Buat Vidi Aldiano – “Saya Bersyukur Pernah Punya Kamu Dalam Hidup”


Selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari akhirnya meluahkan perasaannya selepas kehilangan rakan karibnya yang juga penyanyi, Vidi Aldiano pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bunga atau lebih mesra disapa BCL berkata, dia masih sukar memproses apa yang berlaku kerana tidak menyangka terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat sahabat yang sudah dianggapnya seperti adik sendiri.

Malah, dia mengakui masih sukar memproses apa yang berlaku kerana tidak menyangka hari tersebut akhirnya tiba.

“Saya perlukan masa untuk memproses semuanya. Antara percaya atau tidak kalau hari ini alhirnya datang dimana saya haris melepaskan awak pergi.

“You have been my little brother… teman ketawa-ketawa, teman gila-gilaan, teman berbagi anxiety, teman yang saling menguatkan,” katanya.

Menurutnya, pelantun lagu Nuansa Bening itu bukan sahaja menjadi teman ketika bergembira, malah sentiasa berada di sisi ketika dia melalui fasa paling sukar dalam hidupnya.

“Teman yang menemani ku di saat berada di titik terendah dan juga yang selalu ikut merayakan kebahagiaan saya.

“Somehow, saya selalu merasa kalau jiwa kita itu terhubung. Vid, my heart is broken,” katanya lagi.

Tambahnya, dia amat mengagumi kekuatan sahabatnya itu yang tetap tersenyum dan menghiburkan orang lain walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam hidup.

“Awak sudah berjuang keras sekali. Di tengah semua yang awak jalanin, yang saya tahu tidak mudah, awak tetap tersenyum, tetap menghibur orang-orang di sekitar awak , tetap membuat banyak orang bahagia,” jelasnya.

Pada masa sama, BCL turut menzahirkan penghargaan kepada isteri Vidi, iaitu pelakon Sheila Dara Aisha yang sentiasa setia menemani dan mencintai penyanyi itu dengan penuh sabar dan ikhlas.

“Untuk Sheila Dara Aisha, terima kasih sudah mencintai dan menemani Vidi dengan begitu tulus. Please know that we are all here for you,” kongsinya.

Mengakhiri luahan tersebut, dia mengakui bersyukur kerana pernah memiliki sahabat sebaik Vidi dalam hidupnya dan berjanji akan terus mengingati setiap kenangan yang pernah mereka lalui bersama.

“Terima kasih untuk semua kenangan yang kita punya. Untuk semua tawa dan tangisan, semua cerita, semua momen yang akan selalu gue simpan di hati gue.

“Vid, thank you for being in my life. You will forever be missed.

“Say hi to Ashraf Sinclair for me ya, Vid…” ujarnya.

Terdahulu, Vidi Aldiano meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas enam tahun berjuang melawan penyakit kanser buah pinggang yang dihidapinya sejak 2019 dan menjalani rawatan kemoterapi secara rutin.

Perjalanan kesihatan Vidi mula menjadi perhatian umum sejak 2019 apabila didiagnosis menghidap kanser buah pinggang tahap tiga.

Penyakit itu pada awalnya dikesan secara tidak sengaja apabila Vidi melakukan peneriksaan suaranya yang tiba-tiba hilang pada Oktober 2019.

Vidi kemudian menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut di Singapura.



Source link

OR

Scroll to Top