“Walaupun Penuh Tatu, Tapi Hati Saya Tetap Baik” – Miller Khan

“Walaupun Penuh Tatu, Tapi Hati Saya Tetap Baik” – Miller Khan


Perkongsian pelakon Miller Khan menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran buat arwah bapanya.

Menerusi hantaran tersebut, Miller berkongsikan dia menziarahi pusara bapanya serta berharap bapanya bangga akan dirinya.

“Kalau Ba masih ada,tahun ini genap 92 tahun. Saya pula dah nak 39. Saya harap Ba bangga dengan saya… walaupun dari luar penuh tatu, tapi hati saya tetap baik, insyaAllah,” tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan, Miller turut memuat naik gambar bersama ibunya serta adiknya, aktor Isa Khan.

Untuk rekod, Miller yang mencipta nama di Indonesia mendirikan rumah tangga dengan Farina merupakan seorang pereka fesyen pada November 2021.






Source link

OR

Scroll to Top