Pelakon Siti Elizad berkata sokongan suami memainkan peranan penting terutama dalam kesejahteraan emosi isteri apabila berdepan ujian dalam rumah tangga.
Menerusi satu podcast, Elizad bekata wanita mampu menerima pelbagai ujian dalam hidup termasuk seandainya tidak berikan rezeki cahaya mata.
BACA: Suami Bawa Bercuti Hotel RM80 Pun Elizad Dah ‘Happy’
Namun, apa yang paling penting adalah peranan suami untuk mengambil tahu mengenai isteri dan kekuatan mereka adalah daripada suami.
“Walaupun tak ada anak, isteri ini okay sahaja boleh terima, andai kata suami manjakan dia dan ambil tahu pasal isteri. Saya kena pesan kepada para suami, bahawa kekuatan seorang isteri adalah daripada pasangannya.
“Ubat yang terbaik adalah dengan berkasih sayang. Kalau isteri tengah bersedih, jadi si suami pun janganlah abaikan dan buat tak tahu,” katanya.
Sementara itu, Elizad berkata sikap tidak ambil peduli hanya mengeruhkan lagi keadaan serta perhubungan dan pasangan perlu mencari jalan untuk tidak membiarkan masalah berlarutan.
“Kalau ada masalah, keluar sahaja daripada situ. Jangan terlalu lama duduk kat situ. Kalau memang dah tak boleh dengan pasangan korang, make a move lah,” katanya.






